Monday, July 12, 2010

What I Heard at HBP

Pada hari ini,saya telah menghadiri kuliah pertama dalam kehidupan saya di Pusat Pengajian Perumahan ,Bangunan dan Perancangan ( HBP ).


Lecturer HBP iaitu En.Wan Burhanuddin Wan Abidin telah memberi saya banyak matlumat yang berguna.Beliau telah memperkenalkan studio production kepada semua pelajar baru.Berdasarkan kefahaman saya,saya mendapati bahawa untuk menjadi seorang mahasiswa Universiti Apex memerlukan pengorbanan yang lebih banyak .Di samping itu,kita telah diperkenalkan process studio production iaitu Niat ( Intention ),Laku( Act ),dan Hasil ( Product ).Ketiga -tiga process perlu dikaitkan dengan tiga bahagian,iaitu Aktor (Actor),Aturan (Rule),dan Tempat (Place ).Saya mendapati bahawa seseorang perlu ada niat untuk melakukan sesuatu,dan niat adalah daripada aktor iaitu manusia(People ).Setelah seseorang ada niat,dia mesti melakukan sesuatu untuk merealisasikan hasratnya di tempat yang sesuai.Oleh itu,saya berpendapat bahawa untuk merealisasikan sesuatu bergantung kepada 3P,iaitu: People,Place,dan Principle .

En.Wan Burhanuddin juga memperkenalkan beberapa orang studiomasters kepada kita,antaranya ialah :Dr.Mohd Hanizun Hanafi (Lecturer Construction Management),DrAbdelnaser Omran Ali ( Lecturer Costruction management),Dr.Ilias Said(Lecturer Construction mangement),Dr.Azizan Marzuki ( Lecturer Planning ),Dr.Mohd Najib Bin Mohd Salleh( Lecturer Architecture ),dan Dr.Mohd Zailan Suleiman ( Lecturer Building Technology ).Ini sahaja nama lecturer yang saya dapat ingat.Para lecturer telah memberi nasihat kepada kita bahawa kita perlu memberikan tumpuan dan usaha yang banyak untuk menjadi pelajar HBP yang berjaya.Mereka juga menggalakkan kita supaya datang awal untuk menghadir kuliah ,setiap assignment hantar tepat pada masanya,dan cuba sedaya upaya untuk memahami semua pengajaran daripada para lecturer,sekiranya terdapat kekeliruan ,sila tanya lecturer,jangan kita sembunyi masalah.

En.Wan Burhanuddin juga tanya kita tentang tujuan kita datang ke Universiti APEX.Pada saya ,saya datang ke Universiti APEX bertujuan menunaikan hasrat saya..Saya selalu kagum kepada bapa saya kerana beliau merupakan seorang pekerja binaan.Saya berhasrat boleh membina sebuah rumah yang dapat menjadi lambang kepada keluarga saya,sebagai hadiah kepada ibubapa saya...

Walaupun blog saya mungkin kelihatan bosan ,tetapi saya telah berusaha....

No comments:

Post a Comment